​名家名伶-丁凡 (汉语、马来语)

2026-01-24 10:53 来源:宝玉楼 点击:

名家名伶-丁凡  (汉语、马来语)

翻译制作:国家艺术基金“面向东盟国家粤剧多语种传播平台建设”项目组

中文Chinese

丁凡(1956— ),演员。1993年被评为国家一级演员,著名粤剧表演艺术家,著名粤剧文武生。任广东省政协常委、广东粤剧院院长、广东省戏剧家协会主席、广东省文联副主席、中国戏剧家协会理事等职,享受国务院特殊津贴。 原籍湖南醴陵,从小移居广东,高中毕业后18岁进入德庆粤剧团学戏,后被送到广东粤剧学校培训进修。1979年,他毕业考试演出《放裴》一折,罗品超、少昆仑等名家十分赞赏,即推荐他进入广东粤剧院青年剧团,先后排演了《梅开二度》、《十三妹》等剧目。他戏路宽广,扮相俊俏,能文能武,嗓音华丽,唱做俱佳,尤以小生行当见长。曾主演《东坡与朝云》、《南海一号》等大批剧目。成功执导《洞庭良缘》、《南海一号》等剧目,并获第十一届广东省艺术节导演奖、第十二届广东省艺术节优秀导演奖。 荣获中国文化部首届和第五届“文华表演奖”、首届广东中青年戏剧“百花奖”,第四、五、六、十届广东省艺术节表演一等奖,首届广东戏剧家“突出贡献奖”、第五届中国金唱片奖等大批奖项;获文化部“优秀专家”,广东省“优秀中青年文艺家”、“德艺双馨中青年艺术家”称号;并入选“广东省第二批省级非物质文化遗产项目代表性传承人”。2015年获“全国先进工作者”称号。多年来他积极带领剧团送戏下乡,深入边远地区为群众服务,曾赴美国、加拿大、澳大利亚、新西兰、新加坡、泰国、马来西亚等国家及台湾、香港、澳门地区演出,深受海内外观众欢迎。

马来语Bahasa Melayu

Ding Fan (丁凡) (1956-), penghibur. Padatahun 1993, beliau dikelaskan sebagai penghibur peringkat negara, penghiburopera Kantonis terkenal, dan pelakon wenwusheng (watak utama lelaki) operaKantonis terkenal. Ding Fan merupakan ahli Jawatankuasa Tetap CPPCC Wilayah Guangdong,bekas pengarah Teater Opera Kantonis: Guangdong, presiden Persatuan TeaterGuangdong, naib presiden Persekutuan Kumpulan Sastera dan Seni Guangdong danpengarah Persatuan Teater China dan penerima terhormat Elaun Khas daripadaMajlis Negara. Beliau yang dilahirkan di Liling, Wilayah Hunan, berpindah keGuangdong sejak zaman kanak-kanak. Selepas menamatkan pengajian daripadasekolah menengah, beliau mendaftar dalam Rombongan Opera Kantonis Deqing padausia 18 tahun dan kemudian dihantar ke Sekolah Opera Kantonis Guangdong untuklatihan. Pada tahun 1979, beliaumendapat pujian tinggi daripada Luo Pinchao, Shao Kunlun dan artis terkenallain atas persembahan beliau dalam babak Fang Pei (《放裴》) dalam peperiksaan tamat pengajian. Kemudian beliau dicadangkanuntuk memasuki Rombongan Belia Teater Opera Kantonis Guangdong danberturut-turut berlatih drama opera seperti Kebangkitan Semula Bunga Plumdan Sap-Saam Mui (Saudara Perempuan Ketiga Belas). Kelihatan segak dantangkas dengan kostum, Ding Fan melakonkan pelbagai watak dan mahir dalamkedua-dua watak orang awam dan tentera serta nyanyian dan lakonan, khususnyadalam watak xiaosheng (watak lelaki muda). Beliau membintangi pelbagai operaseperti Kisah Dongpo dan Chaoyun dan Nanhai Satu. Beliau berjayamengarahkan opera seperti Cinta di Tasik Dongting dan Nanhai Satu, yangmemberikan kemenangan beliau untuk Anugerah Pengarah di Pesta Seni Guangdongke-11 dan Anugerah Pengarah Cemerlang di Pesta Seni Guangdong ke-12. Beliaumemenangi “Anugerah Persembahan Wenhua” Pertama dan Kelima daripada MenteriKebudayaan, “Anugerah Seratus Bunga” Drama Muda dan Pertengahan Umur GuangdongPertama, Hadiah Pertama Persembahan Pesta Seni Guangdong Keempat, Kelima,Keenam dan Ke-10, “Anugerah Sumbangan Cemerlang” Dramawan Guangdong Pertama,Anugerah Rekkod Emas China Kelima dan anugerah lain. Beliau memenangi gelarankehormat “Pakar Cemerlang” daripada Menteri Kebudayaan, “Artis Muda danPertengahan Umur Cemerlang” Wilayah Guangdong, dan “Artis Muda Deyi Shuangxin”dan merupakan pembawa “kumpulan kedua Projek Warisan Budaya Tidak KetaraKedaerahan di Guangdong”. Pada tahun 2015, beliau dianugerahkan gelaran“Pekerja Maju Negara”. Selama bertahun-tahun, beliau aktif menerajui rombonganopera untuk mempersembahkan drama di kawasan desa, berkhidmat kepada rakyat dikawasan pedalaman dan pernah melakukan persembahan di Amerika Syarikat, Kanada,Australia, New Zealand, Singapura, Thailand, Malaysia dan negara-negara lainserta rantau seperti Taiwan, Hong Kong dan Macau, membuktikan dirinya sangatpopular dalam kalangan peminat di tanah air dan di luar negara.